
Segala petunjuk itu ada,
Ia tidak semestinya bersatu,
Namun ia sering tidak terpisah...
Jawapan itu ada dalam petunjuk yang tersusunkan,
Yang mana dahulu,
Yang mana kemudian,
Pabila yang kemudian didahulukan,
Jiwa keliru tanpa pemahaman,
Yang dahulu perlu didahulukan,
Hayati dengan seribu penghayatan,
Kemudian melompatlah kepada yang kemudian,
Hayati lagi dengan seribu penghayatan,
Lihatlah sesuatu yang tiada terpisahkan...
Nescaya lengkaplah sebuah pemahaman...
Susunlah!
Segalanya ada,
Cuma perlu menyusun ia....
Dan biar tulisan itu mengalir seadanya,
Tak perlu disedapkan,
Tak perlu dihiaskan,
Seadanya,
Seperti mana adanya ia...
Semulajadi sahaja.