Thursday, February 3, 2011

Pabila hati sudah suci, mudahlah hidup ini

Aku yang telah kembali, menjalankan tugas-tugasku, dalam jalan kesabaran.
Aku perlu telus dalam membetulkan sesuatu. Berpinar sebentar dengan kertas-kertas kerja yang berselerak di meja. Kerunsingan aku andaikata tiada kekemasan. Tidak kemasnya meja, menandakan tidak kemasnya fikiran- serabutlah tu :)

“Kenapa tak buat saja? Buat sajalah....buat saja tugas-tugas kita...” terimbau kata-kata aku pada seorang kawan.
“Buat untuk apa? Takde makna paper lagik...” balas dia.
“Buatlah kerana kita ini hamba. Hamba Tuhan....” balas aku,diam...Suasana diam, terus diam.

Mungkin diam yang membawa monolog yang dalam pada diri setiap kami.

Ketika aku menasihati orang lain, aku sebenarnya menasihati diri sendiri, kerna aku tahu benar siapa aku. Akulah hamba Allah yang lemah ini. Kata-kataku, sering membayangkan nasihat buat aku sendiri. Dan biarlah ia berterusan dalam diri setiap sahabat-sahabatku, moga kita semakin kuat dalam menempuh suatu takdir Ilahi, dalam anologi yang kita pegang bersama.

Semudah itu hidup ini. Jalanilah segalanya kerana Allah beri. Jalanilah segalanya hanya kerana mengharapkan keredhaan Allah disisi.

Jenuh aku menatap hidup pengejar dunia. Yang sedang memenatkan diri. Percayalah kita sedang memenatkan diri, andai hanya dunia menjadi matlamat penyeri. Mungkin aku pernah berada di sana, di suatu ketika, motivasi diri kononnya. Namun janganlah terus tertipu dengan dunia. Aku juga semakin lelah pabila mendengar motivasi dunia yang menyeret kepada suatu tugas.

Aku mengingatkan diriku sendiri. Walau apa pun yang terjadi. BERTANGGUNGJAWABLAH. Bertanggungjawab dengan tugas. Itu baru jiwa seorang khalifah. Yang merasa benar, benar merasa, apa yang ingin dijawab pada Allah dengan beban tugas yang mengisi? Hidup bukan sekadar minat dan suka lagi, namun hidup sebagai seorang dewasa yang memikul suatu tanggungjawab.

Hidup juga perlu telus dalam berpriority. Jangan memprioritikan perkara remeh, dan jangan pula meremehkan tanggungjawab utama. Hidup perlu begitu. Disusun dengan rapinya. Hidup juga perlu terus mengenali diri, supaya kita dapat mengenal Pencipta.
Dan bersabarlah. Seringkali aku berpesan sedemikian pada diri. Bersabarlah. Banyak-banyaklah bersabar. Bila sedih, sabar. Bila marah, sabar. Bila terlampau gembira, sabar. Segala-galanya sabar. Bila tak larat, sabar. Sabarlah.

Semudah itu.

Hidup juga jadi mudah pabila ego itu terbuang. Tiada lagi perbalahan. Tiada lagi perasan diri bagus. Owh akukan ini hamba. Seorang hamba yang hanya menatap Pencipta. Apa sajalah dari sekelilingku, semua makhluk hanya hambaNya. Berperanglah sesama hamba. Aku hanya asyik menatap Pencipta. Kepada Dialah aku meminta. Kepada Dialah aku meratap untuk segalanya.

Hidup jadi mudah apabila kita bersedia untuk menerima apa saja dari orang. Biarkanlah apa saja kata orang, perbuatan orang, lihat saja segalanya daripada Allah. Dan apa saja daripada Allah, itulah tarbiah. Apa tak senang kita menerima didikan terus dari Allah? Enak sekali bukan?

Mudahnya hidup.

Apa yang memudahkannya ya?

Pabila hati sudah bersih, kita mudah untuk sabar, untuk ditarbiah, untuk ditegur, untuk tidak menurut ego.

Maka, koreksilah hati. Carilah ilmu dalam mengkoreksi hati. Dan jagalah ia, seolah menjaga permata mahal yang begitu berharga.

Pabila hati, sudah suci. Mudahlah hidup ini.