Ya Rabb,
Berkatilah aku,
Dalam perjalanan ini,
Perjalanan yang kembali,
Bergaul dengan dunia di sisi,
Ya Rabb,
Jagalah aku sepanjang aku di sini,
Ya Rabb,
Jagalah aku,
Ya Rabb,
Jagalah aku....
Itu yang mampu ku ulang dan ulang lagi,
Tika aku berkonsentrasi pada tanggungjawab,
Janganlah Kau biar motivasi dunia,
Menterbalikkan aku semula ke sana,
Sesungguhlah Engkaulah Yang Maha Kuasa,
Dalam menguasai semua makhlukMu seluruhnya...
Ya Rabb,
Aku hanya ingin berkhidmat padaMu,
Walau di mana saja aku,
Pasangkan niatku,
Untuk memperhamba diri hanya padaMu...
Aku,
Tak mahu berkhidmat lagi,
Demi kepentingan diri,
Namun jelas aku takut,
Akan lemahnya hati,
Sedang begitu banyak anasir yang jelas mahu mempengaruhi....
Tiada gunalah aku Ya Rabb,
Andai aku berjalan di bumi,
Tanpa keikhlasan mengisi hari,
Namun masa telah pun tiba untuk betul-betul kembali,
Jagalah aku Ya Rabbi....
Dalam tangis aku mengingatkan diri,
Sungguh aku kembali,
KernaMu jua Ya Rabbi,
Jagalah hambaMu ini...
Wahai Pencipta !
Ya Rabb, walau di mana saja Kau letak hambaMu ini, jadikan aku bersujud tetap padaMu dalam setiap nafas dalam meniti hari!
Berkatilah aku,
Dalam perjalanan ini,
Perjalanan yang kembali,
Bergaul dengan dunia di sisi,
Ya Rabb,
Jagalah aku sepanjang aku di sini,
Ya Rabb,
Jagalah aku,
Ya Rabb,
Jagalah aku....
Itu yang mampu ku ulang dan ulang lagi,
Tika aku berkonsentrasi pada tanggungjawab,
Janganlah Kau biar motivasi dunia,
Menterbalikkan aku semula ke sana,
Sesungguhlah Engkaulah Yang Maha Kuasa,
Dalam menguasai semua makhlukMu seluruhnya...
Ya Rabb,
Aku hanya ingin berkhidmat padaMu,
Walau di mana saja aku,
Pasangkan niatku,
Untuk memperhamba diri hanya padaMu...
Aku,
Tak mahu berkhidmat lagi,
Demi kepentingan diri,
Namun jelas aku takut,
Akan lemahnya hati,
Sedang begitu banyak anasir yang jelas mahu mempengaruhi....
Tiada gunalah aku Ya Rabb,
Andai aku berjalan di bumi,
Tanpa keikhlasan mengisi hari,
Namun masa telah pun tiba untuk betul-betul kembali,
Jagalah aku Ya Rabbi....
Dalam tangis aku mengingatkan diri,
Sungguh aku kembali,
KernaMu jua Ya Rabbi,
Jagalah hambaMu ini...
Wahai Pencipta !
Ya Rabb, walau di mana saja Kau letak hambaMu ini, jadikan aku bersujud tetap padaMu dalam setiap nafas dalam meniti hari!