
Muhammad!
Aku bangun dalam mengingatimu!
Subhannallah!Maha Suci Allah.
Aku sudah dapat membaca mengenaimu!
Aku sudah dapat mula mengenalmu!
Terima kasih Ya Allah,
Atas sebuah perkenalan yang baru bermula!
Muhammad,
Dalam sambutan hari lahirmu,
Aku kelu,
Tiada apa-apa yang dapat ku ucapkan,
Kerna aku sebenarnya tidak mengenalimu,
Jujur, aku berkata begitu,
Allah mengetahuinya,
Yang aku tidak mengenalmu....
Ibrahim,
Aku mengenalnya,
Takkala ku rasa hidupku sehampir Firaun dan Qarun,
Aku mencari jalan pulang,
Di mana yang fatamorgana,
Di mana yang benar,
Aku dalam mencarinya,
Takkala Ibrahim mencariMu Tuhan,
Ibrahim itu seorang yang cekap memerhatikan,
Bulan, Matahari, bukan kekal,
Mereka semua tiada,
Melainkan Kau yang sentiasa ada...
Kebijakanmu Ibrahim,
Dalam berhelah fikiran,
Menarik hatiku,
Yang sememangnya suka kepada kebijakan....
Yusuf!
Engkau tampan!
Kisahmu dengan Zulaikha,
Menjadi ramai yang membuat engkau sebagai pujaan,
Namun aku tertarik dengan kehidupanmu,
Takkala aku larut dalam kesedihan,
Takkala aku menonton kisahmu,
Ya Allah,
Tidak layaknya aku mengadu!
Sesungguhnya Yusuf sehingga sesabar itu,
Dalam hidupnya yang entah apa2 buat sementara waktu...
Segala yang Kau rancang dan atur Ya Allah,
Tiada kepincangan walau sedikit,
Kau Maha Tahu,
Dalam mengatur hidup kami,
Sebagaimana Kau Pengatur hidup Yusuf....
Nuh!
Dakwahmu,
950 tahun,
Namun pengikutmu,
Tidak mencecah angka seratus wahai Nuh,
Jika mengikut KPI dunia,
Engkau entah ada di mana,
Namun itu yang membuat aku memandang hina dunia,
Yang tiada keikhlasan melainkan hasilnya ingin banyak semata-mata,
Namun Ya,
Itulah kehidupan,
Kadangkala kita melalui lumrahnya,
Aturan Allah Maha Hebat tiada kita tahu hikmahnya,
Nuh!
Kesunyianmu,
Kadangkala menemaniku,
Ketika aku berasa bersendiri,
Dalam meniti...
Musa!
Engkau dari kaum Bani Israel,
Engkau dari kaum yang hina dari ketika itu dibanding dgn kaum Qibti,
Namun Allah ingin menaik darjat kaummu,
Dalam salah satu hikmah pengutusanmu,
Ketakutanku, lemahnya aku,
Membuat aku mengidolakan kisahmu,
Dalam menentang Firaun, sebuah tanggungjawab yang besar buatmu,
Allah sentiasa membantumu,
Allah sentiasa membantumu,
Membuat aku yakin dengan pertolongan Allah padaku,
Walau seberat mana tanggungjawab yang perlu dilalui,
Dalam lemah aku melangkah,
Perlu membina semula kekuatan,
Dan kekuatan itu hanya dari Tuhan...
Adam!
Dalam aku melalui jalan ini,
Terlampau banyaknya salahnya aku,
Sehingga kadangkala aku malu!
Malu pada Tuhanku,
Masihkah ada jalan pulang untukku,
Dalam dusta2 yang aku buat pada Tuhanku?
Namun engkau,
Berdosa, dihukum sehingga terlemparnya ke dunia,
Tak kering tangismu,
Meminta ampun sehingga selama mana...
Dan Allah mengampunkan engkau jua,
Engkau membawa inspirasi,
Untuk aku sentiasa kembali,
Tak kiralah betapa salah dan dosanya aku,
Ya, Kembali,
Perlu kembali!
Tiada putus asa dari rahmatnya, melainkan yang kafir!
Aku bukan mencari kekafiran,
Aku mencari sebuah Keislaman...
Muhammad,
Pada hari lahirmu,
Aku kaku,
Aku tiada apa2 untuk diucapkan,
Kerna aku tidak mengenalmu,
Namun Allah,
Telah membuka jalan untuk itu,
Ku tampak,
Tiada sempurna pada jalan2 kini,
Sehingga aku takut sesat mengerumuni,
Namun ku seolah tahu,
Allah ingin aku menghayati Al-Fatihah itu,
"Ya Allah, tunjukkan kami jalan yang lurus"
"Jalan orang2 yang Kau beri nikmat, bukan jalan orang yang Kau murkai, dan bukan jalan orang yang sesat"...
Indah doa itu Ya Allah,
Membubarkan sedikit ketakutanku,
Di kala tadi aku bangun,
Aku bangun dalam mengingatimu Muhammad,
Mengingati khutbah terakhirmu Muhammad,
Bukankah kau telah berpesan padaku,
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku"
Ya Muhammad,
Itu jaminanmu,
Lelah aku dalam mengingat Allah membuatkan aku ingat akan hal itu....
Maha SuciMu Ya Allah,
Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Tiada Ya Allah!
Tiada!
Kasih sayangMu,
Melimpah ruah banyaknya!
Lailahaillah muhammadarasulullah!
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah..
Terima kasih atas sebuah penghayatan Ya Rabb....
Nikmat Mu yang mana yang aku dustakan....
Muhammad,
Ku harap sebuah perjalanan mengenalMu,
Takkala aku mencari sebuah AKHLAK terbaik buatku,
Seingat aku Aisyah pernah memberitahu,
Akhlakmu, akhlak Al-Quran wahai nabiku,
Selain itu, kata-katamu,
Tiada, selain wahyu.......
Sebak dadaku,
Hampir pecah kini,
Ku harap sebuah perjalanan,
Dalam menuju kekal abadi,
Jangan Kau sesatkan aku Ya Allah,
Walau,
Aku ini banyak berdosa,
Izinkanlah,
Adanya,
Sekelumit keikhlasan,
Seandainya dunia,
Manusia,
Kemewahan dan harta benda,
Sedang menjauhkan aku dariMu Ya Allah,
Kau aturkanlah hidupku sebaiknya,
Kerna aku tak mahu kehilanganMu Ya Allah,
Aturkanlah sebaiknya Ya Allah,
Sebuah kehidupan yang baik untuk kehidupanku,
Untuk agamaku,
Yakinkan aku dengan sesungguh-sungguhnya,
Tiada segala sesuatu terjadi,
Di luar kuasaMu,
Di luar kasih sayangMu,
Walau apa saja,
Jadikan aku redha,
Ya Allah,
Redha....
Redha itu tiada lagi kebencian dan keterpaksaan,
Hanya lapang dada, senyuman, dan kasih sayang yang dalam...
Demi CintaMu dan Cinta Muhammad....




