Sunday, October 31, 2010

Saturday, October 30, 2010

Tak pernah aku menolak dunia,
Cuma ajarilah wahai khalifah-khalifah di dunia,
Berbuat di dunia demi tanggungjawab sebagai hamba,
Bukan berbuat di dunia, demi kepentingan dunia...

Bezanya nyata...

I wanna go home ?

Jangan pernah lagi bicara,
Tentang harta, pangkat dan nama,
Kehancuran yang sememangnya kehancuran,
Yang melanda penduduk dunia...

Jika kalian sering bersuara,
Ku rasa tiada lagi tempatku di dunia,
Ku rasa ingin cepat pulang,
Bahagia di sana...

Kerana aku ingin pulang dan bahagia,
Sepatutnya aku masih di dunia,
Sabar dan jalani
Seadanya
Segalanya

Ujian dan dugaan yang menerpa

Hope!


Ya Allah,
Aku memohon kekuatan hati,
Untuk meneruskan hidup ini
Dengan penuh semangat adanya :)

Ku melangkah dalam harapan,
Segalanya akan pulih sesedia kala,
Berilah aku semangat,
Walau dengan apa cara...

Aku hidup dalam HARAPAN,
HARAPAN padaMu yang Maha Memberi,
Yang Maha Merancang,
Yang Maha Menyayangi.....

Friday, October 29, 2010

Tidak mungkin rajin sahaja...

Rajin tidak datang semulajadi untuk diri saya..

Rajin bererti:
-berusaha untuk rajin
-melawan kemalasan
Jika perlu motivasi rohani, selalu menapak di Gentarasa.com dan langitilahi.com .

Terima Kasih Ya Allah, kerana selalu memberi nikmat membaca dalam diri, dalam mengamati dan menghayati, ilmu-ilmuMu dari insan-insan ini.

Motivasi apa?

Motivasi untuk jadi insan yang lebih baik. Motivasi untuk menerima diri sendiri seadanya. Motivasi untuk terus hidup walau naik turun imannya. Motivasi untuk terus hidup di dunia, walau .... ? :)


Ya Allah, ku ingin cahaya. Berilah, letaklah cahaya pada hatiku ini, walau dengan apa cara...

(^,^)vs (-.-)

Compete dengan diri sendiri.
Kenali diri.


(^,^)vs (-.-)



(The best of me ) vs (The ***** me)


Seimbanglah ya. Kenali diri, kenali diri, melalui hikmah2 dariNya. Setiap dari kita, ada kebolehan masing-masing. Kita pasti ada sumbangan tertentu untuk komuniti dunia ini.

Wednesday, October 27, 2010

Belajar dari Yusuf

"If you have trouble or in bad situation, just recite Surah Yusuf." "Allah will removes the trouble and sadness."
Sempat mencapai pen dan buku catatan, lepas habis solat tadik. Mencarik ayat-ayat tuh dari Pak Arab. Terimbau, years back, naik train sambil asek membaca terjemahan Surah Yusuf.

Kisah Yusuf, tuh je yang salu dibaca takkala rasa sesak takleh nak go on. I would say, betul la apa kata Pak Arab tadik tuh. I read the terjemahan, sampai rasa I'm reading a story! A great story.

Kesedihan tuh akan dihilangkan Allah, jika kita menghayati, kehidupan Yusuf. KEHIDUPAN. See a kronologi. Bagaimana, kehidupan Yusuf semasa kecil, remaja, sehingga dewasa.

Ini Yusuf. Ini saya.

Yusuf vs Saya.

Yusuf sangat cool. Yusuf sangat redha. Yusuf tak kesah pun orang nak kata apa kat dia. Yusuf tahu, Allah sedang mengujinya.

Ye la Yusuf nabi?

Bukan untuk dibanding untuk dibanding, namun dibanding untuk dicontohi. Dugaan saya tidak mungkin SEBERAT Yusuf. Sebab dia Nabi.

Namun, kisah Yusuf telah menggambarkan bagaimana YUSUF menghadapi DUGAANnya yang BERAT itu.

Contohilah Yusuf dalam menghadapi DUGAAN saya yang TIDAK SEBERAT mana ni.

Bagaimana? Baca sendiri! :)



*Pesanan untuk diri sendiri , baca lagi :). Rasa malu ja nak cerita dugaan sendiri, bila dugaan Yusuf sebanyak tuhh..mmg tak sedar diri ini, diri yang sebenarnya HAMBA. Layak diperbuat apa saja oleh PENCIPTA.


Tuesday, October 26, 2010

Bahaya Tidur di waktu pagi


[Pertama] Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua] Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga] Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat] Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima] Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam] Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)

Artikel penuh di :http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=977:bahaya-tidur-selepas-subuh&catid=36:tazkiyatun-nafs&Itemid=84

Monday, October 25, 2010

Inkuiri?



Selalu dengar budak yang buat research cakap, "Buat je, nanti nampak la tuh.."

What is "Buat je, nanti nampak la tuh..?" - huh?

Is about, knowing that u want to know something, and u don't know about it yet.. so, you find. Memang sangat step by step.

Di peringkat permulaan, its not about knowing the right answer, its about knowing the right question!

What do you want to know?

In simple word,

ia INKUIRI.

Aper itu INKUIRI?

Kena balik umah minggu depan, balik bukak solusi, quote balik kata-kata Imam Al-Ghazali, ia memang motivasi!

Simplynya lah aper itu inkuri? Saper yang meletak inkuiri?

Bila Ahmad Fahim tanya....

Su jie, apa ni?
-Bedak
Bedak apa?
-bedak su jie la
Bedak su jie apa?
-bedak su jie pakai la, orang pompuan pakai bedak camni, orang laki tak pakai.
Bedak su jie pakai apa?
-iihh, bedak su jie la, ni bedak simply siti, ada cop halal..nampak niii...sambil menuding jari ke arah cop halal.
Cop halal apa?
-Cop halal la, cop halal ni kena ada, orang Islam kena pakai barang2 yang ada cop halal, elak was2...

Sib bek dia tak tanya...pakai bedak ni termasuk satu ciri berhias tak su jie? Boleh pakai bedak tebal2 tak su jie? Klau nipis tahap mana su jie? - haha, google sendiri bab berhias. Su jie masih belajar memperbaiki diri bab berhias ni amad.

Biar kat ahmad, sampai malam satgi dia tanya, so, satu soalan dia tanya, kalau su jie malas, su jie jawab panjang2...haha, bagi dia takleh catch keyword apa utk ditanya

Ahmad Fahim :" (keyword) apa........?"

Tgok budak2, mereka suci, saper yang meletak inkuiri dalam hati?

"Allah".

Quote Imam Al-Ghazali :
" " (to be completed on Sunday Oct25)



Jadilah SUCI su jie
1. Selalu jaga NIAT, betulkan niat.
2. Refine, MATLAMAT, jaga MATLAMAT.
3. CARA. Hiduplah cara ISLAM ya su jie.

Mintak Allah guide. Allah akan guide, insyaallah.

-Bila ada masa, nak berehat, pegi :
1. Search perkataan 'inquiry' kat google image.
2. Look at the rajah2 yang nampak sesuai utk bentuk mind set.
3. Baca artikel tersebut.

Supervisor saya marah nanti saya buat keja2 gini, kiki-buang masa nak revise balik skill. Kamu researcher memang patut ader skill gitu kan aszifa.... Maaf puan, saya sangat MIND SET orangnya. Menda dah tahu pun, saya perlu ulang2. Cam ulang2 baca quran, saya TAHU Allah ada, ulang lagi, saya SEDAR Allah ada, ulang lagi, saya YAKIN, Allah ada dekat dengan saya, lebih dekat dari urat leher.


* Nasib aszifa, inkuiri dia start dari VERY BROAD nye inkuiri. Memang menarik Allah melatih diri ini sebagai seorang HAMBA, yang benar2 HAMBA yang bergantung padaMu saja Ya Allah..hanya memikirkan Allah itu Maha Mengetahui, miliknya langit,bumi dan segala di antaranya....hamba ini mampu meneruskan.

Sunday, October 24, 2010

Lawan Hawa Nafsumu

Sumber : http://genta-rasa.com/2010/10/20/lawan-hawa-nafsumu/


Bagaimana keadaan kita jika terlihat seekor lipan di hujung kaki tetapi kemudian terpandang seekor harimau tidak berapa jauh daripada kita? Apakah kita masih memikirkan bahaya lipan atau bahaya harimau. Ya, tentu sahaja kita akan berikhtiar untuk menyelamatkan diri daripada bahaya harimau. Walaupun lipan dekat, tetapi gigitannya tidaklah seganas cengkaman harimau. Begitulah perumpamaan antara bahaya nafsu dengan bahaya-bahaya yang lain. Nafsu akan menyebabkan kita lebih rasa menderita. Bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Malangnya, hal yang sepenting itu tidak dititik-beratkan. Kejahatan hawa nafsu, sifat-sifat dan kaedah melawannya hampir tidak pernah dibicarakan. Padahal, nafsu itulah angkara segala kejahatan yang kita deritai kini. Sebut sahaja, apa kejahatannya, pasti dalangnya adalah hawa nafsu.

Kita sibuk memperketat kawalan, disiplin dan undang-undang tetapi membiarkan puncanya berkembang subur dan membiak. Mampukah pagar yang rapuh mengawal binatang buas yang bilangannya kian banyak dan tenaganya semakin kuat? Begitulah bandingannya undang-undang ciptaan manusia dengan kejahatan hawa nafsu.

Undang-undang walaupun sehebat mana pun tidak akan berkesan jika nafsu tidak dijinakkan terlebih dahulu. Pagar itu akan diterjah dan rebah dipijak dan diinjak menyebabkan kita terpaksa membina pagar demi pagar, berulang-kali.

KUASAI NAFSU, KUASAI DUNIA

“Jika kita menguasai diri, kita akan menguasai dunia,” demikian kata cerdik pandai. Tetapi bagaimana pula kalau kita gagal menguasai diri? Ya, pasti kita pula yang akan dikuasai dunia. Jika demikian amat buruk akibatnya lantaran dunia itu adalah ‘hamba’ yang baik tetapi ‘tuan’ yang sangat jahat. Orang yang berjaya adalah orang yang gigih mencari kebaikan dunia tetapi selamat daripada tipuannya. Firman Allah: “Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” (Surah al-An’am 6: 32)

Al-kisah, seorang raja sedang menaiki kuda dengan angkuhnya. Dia terserempak dengan seorang petani yang soleh sedang berjalan kaki. Raja pun bertanya, “siapa kamu?” Petani yang soleh itu menjawab, “aku seorang raja.” Raja tertawa, kemudian terus berkata dengan nada menyindir, “raja kerajaan mana?” Petani menjawab, “raja untuk kerajaan diriku.” Raja terdiam. Dan kemudian petani itu pula bertanya, “adakah tuanku menjadi raja kepada diri sendiri?” Raja terus terdiam kerana faham maksud kata-kata petani yang soleh itu.

Begitulah dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai orang besar yang hakikatnya hanya insan kerdil kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya. Kuasa, ilmu, harta dan nama yang tersohor tidak membawa makna dan kebahagiaan dalam hidup sekiranya hidup diperkotak-katikkan oleh hawa nafsu. Hal ini kerana nafsu itu sifat tabiinya hanyalah mengarah kepada kejahatan. Maka hidup seseorang yang dikuasainya hanya akan penuh dengan kejahatan. Jika demikian, mana ada ketenangan dan kebahagiaan? Tidak ada kebahagiaan bagi manusia yang tenggelam dalam kejahatan.

Dikuasai dunia maksudnya, diri kita akan didorong oleh sesuatu yang berbentuk kebendaan, kemasyhuran dan jawatan dalam apa jua fikiran dan tindakan. Ketika itu kita gagal memperalatkan dunia sebaliknya dunialah yang memperalatkan kita. Akibat gagal menguasai dirilah kebanyakan manusia sangat cintakan dunia. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya, manusia itu sangat cintakan mata benda.” (Surah : )

Selain itu cintakan dunia akan menyebabkan manusia cenderung melakukan kejahatan. Sebab itu masyhurlah kata-kata popular dalam kalangan ahli-ahli tasawuf, cinta dunia itu adalah kepala segala kejahatan.

Apabila semua itu terjadi, manusia tidak lagi layak menjadi hamba Allah. Oleh sebab itu, untuk menjadi hamba Allah manusia mestilah menguasai dirinya. Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Ibn Ataillah dalam al-Hikam menerusi katanya:“Bagaimana akan terang hati seseorang yang segala gambaran dunia itu terpahat dalam cermin hatinya? Atau bagaimanakah dia akan mengembara menuju kepada Allah padahal ia terbelenggu oleh nafsu syhawatnya?

MANUSIA DAN MUJAHADAH

Seterusnya, apakah yang dimaksudkan dengan menguasai diri? Jelas maksud menguasai diri ialah menundukkan nafsu jahat yang ada di dalam diri bagi membolehkan kita melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Sedangkan nafsu itu sebahagian daripada diri kita yang sentiasa ingin menghancurkan diri kita.

Berhubung dengan melawan hawa nafsu ini Imam al-Ghazali menyebutkan tiga tingkatan manusia dalam usaha memerangi hawa nafsunya:

i) Telah menyerah kalah.

Golongan ini tergolong dalam mereka yang dikuasai sepenuhnya hawa nafsunya dan tidak dapat melawannya sama sekali. Ini merupakan keadaan majoriti manusia. Mereka ini telah mempertuhankan hawa nafsunya. Firman Allah: ”Maka, pernahkah kamu melihat orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jatsiyah: 23)

ii) Sedang dan sentiasa berperang

Golongan ini terdiri daripada mereka yang sentiasa dalam bertarik tali berlawan dengan hawa nafsu. Adakalanya dia menang dan ada kalanya kalah. Insya-Allah, inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud: ”Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh-musuhmu.”

iii) Orang yang telah menang

Golongan itu terdiri daripada mereka yang berjaya menguasai sepenuhnya hawa nafsunya. Mereka ini terpelihara daripada berbuat dosa dan maksiat kecuali sangat sedikit melakukan maksiat. Perjuangan menentang hawa nafsu adalah satu bentuk perjuangan jangka panjang. Perjuangan ini hanya akan berakhir dengan kematian. Sikap waspada dan sentiasa siapa siaga amat diperlukan setiap masa.

ERTI MUJAHADAH DAN KEPENTINGANNYA

Melawan hawa nafsu bagi maksud mengawal, mengurus dan mengendalikannya adalah wajib kerana kita hanya wajar menjadi hamba Allah. Demikian yang dapat difahami daripada kaedah, “tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan sesuatu itu maka sesuatu itu juga menjadi wajib.” Berdasarkan itu, jika kita tidak berbuat demikian, sudah tentu kita akan berdosa. Bukankah syurga itu hanya ada pada mereka yang menundukkan kehendak nafsunya kepada kehendak Allah? Firman Allah: “Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya” (Surah al-Naziat: 40-41)

Melawan hawa nafsu juga adalah syarat untuk mendapat pimpinan Allah. Firman Allah: “Mereka yang berjuang untuk melawan hawa nafsu kerana hendak menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuk jalan Kami. Sesungguhnya Allah itu berserta dengan orang yang buat baik.” (Surah : )

Kepentingan melawan hawa nafsu ini ditegaskan lagi oleh Rasulullah s.a.w. menerusi sabdanya: “Tidak beriman salah seorang antara kalian hingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa.” Baginda juga bersabda: “Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah.”

Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. Istilah “mujahadah” berasal daripada kata “al-jihad” iaitu berusaha segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini benar. Dengan kata yang lain, seorang yang bermujahadah dengan rela meninggalkan apa yang disukainya demi memburu sesuatu yang diyakininya benar, baik dan betul. Inilah maksud kata-kata Imam al-Ghazali: “Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin.”

Selain itu ilmu, taktik dan strategi melawan hawa nafsu wajib dipelajari. Bahkan kita tidak akan menang jika dalam menempuh jalan mujahadah hanya dilakukan dengan semberono. Malangnya, ilmu tentang mujahadah ini seolah-olah terpinggir pada masa kini. Manakala strategi melawan hawa nafsu hampir tidak dibicarakan lagi.

Ironinya, jika dengan musuh zahir yang jarang-jarang kita berdepan dengannya, kita sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli kelengkapan perang dan sejata, mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk persiapan berperang, tetapi dengan hawa nafsu yang setiap detik kita berperang dengannya, mengapa ambil tidak indah sahaja. Sedangkan nafsu ini adalah musuh yang paling berbahaya, yang sepatutnya lebih diberi perhatian serius. Rasulullah s.a.w. bersabda:”Orang yang kuat bukanlah orang yang dapat mengalahkan musuhnya tetapi dapat menguasai marahnya.”

PRINSIP ASAS DALAM MELAWAN HAWA NAFSU

Berikut tiga prinsip asas kaedah melawan nafsu. Tiga kaedah ini telah digariskan oleh ulama pakar dalam meneliti perjalanan hati dan nafsu manusia. Dalam kitab Minhajul Abidin misalnya, Imam Ghazali telah menggariskan tiga prinsip asas berikut:

i) Menahan atau menyekat sumber kekuatannya.

Nafsu yang diumpamakan kuda yang liar itu boleh dijinakkan dengan syarat ditahan sumber yang memberikannya tenaga. Jadi, nafsu boleh dikawal dengan menahan makan (berpuasa). Oleh sebab itulah dalam Islam kita diwajibkan berpuasa sebulan dalam setahun. Dan digalakkan juga berpuasa sunat hari-hari tertentu. Malah mereka yang belum mampu berkahwin, nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan mereka menjinakkan nafsu seks dengan berpuasa.

Selain menahan perut daripada banyak makan, ada lagi beberapa sumber kekuatan nafsu yang perlu disekat. Antaranya, menahan pandangan (mata) daripada yang haram, telinga daripada mendengar sesuatu yang berdosa, mulut daripada berkata-kata yang dilarang, hati daripada sifat-sifat mazmumah dan lain-lain. Semua ini perlu diketahui dengan cara belajar. Ilmu yang berkaitan dengan menjaga pancaindera inilah yang dimaksudkan dalam ilmu tasawuf sebagai akhlak. Hukum mempelajarinya, fardhu ain bagi setiap mukhallaf.

ii) Membebankan nafsu itu dengan ibadah.

Setelah nafsu yang diumpamakan sebagai kuda liar itu disekat sumber kekuatannya, langkah seterusnya ialah dengan dibebankan ibadah tertentu terutamanya ibadah khusus yang berbentuk fardhu dan sunat. Solat terutamanya, sangat diperlukan dalam kaedah ini semata-mata untuk ‘menyeksa’ nafsu. Bukan sahaja solat lima waktu tetapi solat malam (qiamulalil) sangat berkesan untuk menundukan hawa nafsu.

Begitu juga dengan zikrullah yang lain seperti membaca al-Quran serta wirid-wirid tertentu (yakni yang bersumberkan al-Quran, hadis-hadis sahih dengan tunjuk ajar dan didikan syeikh atau guru yang benar serta mendapat petunjuk (mursyid). Begitu juga dengan amalan sedekah, kerja-kerja amal, mengajar, belajar dan lain-lain amal kebajikan. Pokok pangkalnya, bebankanlah nafsu kita dengan ibadah hingga ia merasa letih untuk melakukan kejahatan. Ingatlah nafsu itu tidak pernah puas dan kehendanya tidak terbatas, maka ibadah yang dapat menundukkannya hendaknya begitu juga. Jangan terbatas dan jangan dibatasi oleh rasa puas.

iii) Berdoa minta bantuan Allah untuk menewaskannya.

Usaha menentang hawa nafsu hendaklah dimulakan, diiringi dan disudahi dengan berdoa kepada Allah. Nafsu itu makhluk Allah, maka Allah sahaja yang mampu memudahkan diri manusia untuk menguasai dirinya sendiri (nafsu). Bahkan, usaha awal kita untuk memperbaiki diri perlulah dimulai dengan membentuk komunikasi dan interaksi yang harmoni dengan Ilahi.

Hubungan ini dibentuk melalui doa. Jika Allah permudahkan, jalan mujahadah yang payah akan menjadi mudah. Bantuan Allah inilah yang sangat kita dambakan. Malah inilah pesan Rasululllah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal dengan katanya:

“Wahai Muaz, aku sangat cinta kepadamu. Maka selepas kau mengerjakan solat jangan sekali-kali kau lupa berdoa kepada Allah dengan doa ini: “Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu.”

Banyak lagi doa-doa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bermujahadah melawan hawa nafsu ini. Antara doanya itu ialah: “Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku.”

LANGKAH-LANGKAH JALAN MUJAHADAH

Langkah-langkah tersusun untuk melawan hawa nafsu seperti berikut:

i) Belajar mengenai sifat nafsu dan angkaranya.

Belajar mengenai sifat-sifat mahmudah dan mazmumah (ilmu akhlak atau tasawuf) adalah wajib. Kita mesti mendapat ilmu yang digali daripada al-Quran dan Sunnah untuk mengetahui sifat-sifat nafsu, angkara kejatannya dan bagaimana melawannya. Para ulama telah mempermudahkan ilmu-ilmu ini mengikut kategorinya tersendiri.

ii) Membina kesedaran dan keazaman yang tinggi.

Tidak cukup dengan mempunyai ilmu sahaja tanpa kesedaran dalam hati dan keazaman yang kuat untuk mengamalkannya. Bagaimana jika kita hanya ada senjata (ilmu) tetapi tidak ada keingininan yang kuat untuk mngamalkannya apabila diserang musuh? Ilmu bukan untuk pengetahuan dan kefahaman semata-mata, tetapi yang lebih penting untuk diamalkan.

iii) Mempraktikkan ilmu.

Inilah tahap yang paling sukar tetapi inilah tahap yang paling penting. Perkara ini memerlukan satu iltizam yang kuat dalam diri kerana apa yang disukai nafsu adalah juga yang disukai oleh diri kita sendiri. Ramai orang yang tahu sesuatu kebaikan tetapi masih malas melakukannya. Dan ramai yang tahu sesuatu kejahatan tetapi masih tega melakukannya.

Semua itu kerana mereka belum ‘mahu’, dan baru sekadar ‘tahu’. Pengetahuan itu dicapai melalui proses belajar manakala kemahuan dibina dengan mempraktikkan apa yang telah kita pelajari. Dengan mempraktiokkan ilmu barulah ilmu yang bertapak di akal dapat dipasakkan ke dalam hati. Oleh sebab itu ‘tahu’ tempat letakkannya di akal tetapi ‘mahu’ itu letaknya di hati.

iv) Terus melatih diri dan bersifat konsisten melawannya.

Ramai juga orang yang telah tahu dan mahu melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tetapi tidak lama, mereka berpatah semula ke belakang. Bak kata peribahasa Melayu sekadar “hangat-hangat tahi ayam”. Mereka tidak berdaya untuk konsisten (istiqamah) dalam kebenaran. Apa yang perlu ialah latihan yang berterusan agar tahap pengetahuan dan kemahuan itu diteruskan hingga ke tahap kemampuan.

Imam Ghazali berpesan nafsu tidak dapat dikalahkan dengan tergesa-gesa. Kehendaknya tidak boleh ditekan sekali gus melainkan perlu ditahan secara bertahap-tahap. Latihan menundukkan hawa nafsu ini perlu dilaksanakan sedikit demi sedikit tetapi istiqamah selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w.:

“Amalan yang baik ialah amalan yang berterusan (konsisten) sekalipun sedikit.”

“Alah bisa, tegal biasa,” begitulah nafsu yang jahat jika dilatih berterusan untuk melakukan kebaikan, akan terbiasalah nafsu itu dengan kebaikan dan kebajikan. Sampai ke tahap ini, nafsu itu akan menjadi tenaga penggerak atau kenderaan (kuda tunggangan) kepada manusia. Umpama, racun pada ular senduk – di situ ada racun, di situlah juga ada penawarnya. Sebab itu ditegaskan berkali-kali bahawa nafsu itu bukan untuk dihapus tetapi untuk diurus.

Jika diuruskan dengan baik, nafsu akan membawa kepada kemajuan rohaniah dan material dalam kehidupan. Nafsu seks yang diurus melalui pernikahan yang sah, akan memberi ketenangan, keberkatan dan rahmat dalam diri suami dan isteri. Ia juga meneruskan kesinambungan zuriat yang akan menjadi tenaga penggerakan kepada pembangunan ummah. Begitu juga nafsu makan yang terurus, akan memberi tenaga untuk beribadah dan menyebabkan terbentuknya jaringan perniagaan, industri makanan, hub halal, inovasi dan teknologi makanan dalam bidang bioteknologi dan sebagainya.

Manusia yang dibekalkan dengan unsur nafsu inilah yang menjadi sebab mereka dilantik menjadi khalifah di muka bumi – bukan malaikat, kerana dengan nafsu makmurlah muka bumi ini dengan pembangunan yang bersendikan hukum Allah. Sebaliknya, malaikat tidak mempunyai potensi ini kerana mereka sepi daripada sebarang keinginan dan rangsangan. Namun, jika nafsu tidak terurus manusia akan jatuh ke tahap yang lebih hina daripada haiwan (makhluk nafsu tanpa akal).

Jangan menoleh ke belakang… tempuhlah jalan mujahadah. Itulah jalan yang penuh saadah (kebahagiaan). Walaupun itu adalah jalan yang payah, tetapi itulah jalan yang paling mudah. Tidak ada jalan pintas!

Saturday, October 23, 2010

3 tahun sebagai HambaNya

Wah...Su jie buat kek pulak!

Kiki...ni bukan nak testing letak gamba la, ni post betul!

Kek ni beli di Fairy Sungai Petani, ada cop halal yeaa...hihi. Harini harijadi Ahmad Fahim, dah umo 3 tahun! Thn depan ley pegi sekolahh dahh anak menakan su jie ni..Kek pun dah ranap dah amad ajen ni punya keja...Nantila su jie upload gamba lain di FB.

Alhamdulillah, Ahmad Fahim dapat basikal dari atuk. Terima kasih to Allah, sebab kasi fahim basikal, kan2 fahim kan, pasni naik beskal, jatuh bangan semula! Tadi baper kali dah 'gedebuk' amad ni...

Gedebuk2 pun kena bangun semula Ahmad Fahim! Baru HIDUP namanya :)

Punya nak sambut bday Fahim, Su jie tertinggal henset kat umah. Balik ada la dalam 12 mesej. Pap ngan Nadiah ja yang pentingnya, yang len2 suma msg 26000. 26000 tuh msg berita :)

Nenek nadiah meninggal khamis baru ni...Bukan mudah menerima suatu kematian. Namun yang indah tentang kematian orang tersayang, adalah, ia membawa kita MENGINGATI kematian. Bukan nak pi mati ikut sama maksud dia, namun MENGINGATI semua kita MESTI mati.

Kalau MESTI mati, maknanya MATI itu PASTI. Sangat relevan untuk kita BERSEDIA untuk yang PASTI, kan kan kan...

Bila PASTI mati, maka kita...blablabla (akan disambung pada post akan datang).

All I can said, berdasarkan pengalaman sendiri, bila seseorang MENINGGALKAN kita, hanya jasadnya saja yang meninggalkan kita, tiada lagi suaranya, tiada lagi tawanya, tiada lagi dia di hadapan kita, tiada lagi melepas rindu dengan berjumpa..

JASAD telah pergi, namun RUHnya ada ...

RUH kita semua ada sampai bila2....Jadi, kita tak hilang apa-apa, semuanya tetap ada.

Kita masih boleh berhubung bukan? Tak perlu la panggil ruh balik maksudnya...adeyla.(Tuh masuk post baru tuh..huhu)

Maksudnya, kita berhubung dengan DOA.

Doa yang tidak pernah putus, hubungan kita tetap ada. Allah ada antara kita, untuk kita sentiasa berhubung.

Kematian.

Sama juga dengan kehilangan jasad seseorang akibat percintaan.

Doakanlah, kita mungkin tidak lagi berhubung secara fizikal, namun Doa tetap ada tanda hubungan. Andai ada ingatan, janganlah dilarut-larutkan, takut nafsu dan juga syaitan mengkhayal angan-angan. Convert saja pada Doa. Andai berdoa, kita mulakan, "Ya Allah..."
Biar ingatan kepada seseorang, membawa kita ingat kepada Allah. Dan biar doa pada seseorang dikira sebagai ibadah.

Ya bukan mudah mendoakan seseorang, namun, berlatihlah. Harap Allah permudahkan. Buku The Ideal Muslimah ada kat Tekun, but I'll always remember isi kandungan hadis tuh. -Jika kita doakan orang lain, kita pun sama akan dapat kebaikan tuh.

And remember pesanan nabi andaikata kita ini ingin menjadi orang beriman, sayangi orang lain, sebagimana engkau menyayangi dirimu sendiri, dan membenci sesuatu terjadi kepada orang lain apa-apa yang engkau benci bila sesuatu itu terjadi kepadamu.

Syahdu la pulak :)

Su jie nak solat. Su jie sedang memohon sesuatu pertolongan daripada Allah. Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Kan?


Di gelap gelita malam,
Aku terkenang sesuatu,
Sesuatu yang tak mungkin lagi,
Dikenang dirimu...

Kita tak lagi bersama,
Namun matlamat kita tetap sama,
Biar satu perpisahan,
Membawa rahmat dalam dugaan,

Allah mengajar aku menjadi lebih baik,
Mengajar aku 'berusaha' dengan cara yang lebih baik,
Menegur aku ketika aku tidak baik,
Membantu aku sabar dalam proses menjadi lebih baik...

Aku ingin menjadi lebih baik kerana banyak perkara,
Panjang huraiannya,
Namun jika ku renung dan fikir semula,
Ku tak punya lagi alasan apa-apa,

Selain,
Aku pulang,
Kerna aku hanya HAMBA...

Yang menyembah Pencipta,
Setia, kasih, cinta,
Buat selama-lamanya....

Ya aku hanya HAMBA,
Ku harap kau jua berjaya bertemu cahaya,
Untuk kembali sebagai hamba yang sebenarnya HAMBA.

Hanya Hamba.
PadaNya.


*Ahmad Fahim, jadilah HAMBANYA:)

Roti sapu peanut butter bercoklat


Haa, sarapan ni aku buat..kiki..

Rasa ok je template ni bila letak gamba pun ok..Testing hari ke-2

Tadi aku bukak astro#106, pastu ader iklan "Mari Menari", rasa tak besh dan sakit mata..

Pastu ader iklan "Halimah Jongang" pulak..tak besh jugak iklan dia dan ntah paper rasanya...

Pastu bukak #discovery, menarik tgok discovery, tapi kadang2 omputih nih ntah btui ntah idakk...suka main reka2 opinion sendiri...heh, teringat kisah Darwin pulak....penat jadi scientist kalau nak wat pemesongan akidah dalam kalangan orang-orang.

Kesimpulannya tak besh la kira semuanya ... kesimpulannya, baca research paper jugak yang besh, kan Jie kan..kan kan?

Huhu, ya besh, hanya kerana Allah aku membacanya, harap tak tido dan diberikan pemahaman..

:)

Friday, October 22, 2010

Koewtiaw Kungfu

Wah!

Bukan aku masak .. ;p

Nak test letak gamba tgok ok tak view template ni..

Favourite aku masih koewtiaw kungfu, tima kasih kepada jiran aku yang rajin membeli di Ismail..

Nak balik sp dulu!..Esok bday Amad Ajen!

Selamat bersosial dengan alam :)

Syukur masih ada syukur

Takkala aku sendiri,
Seolah siapa yang akan memahami?
Aku bersyukur sendiri,
Kerna menyedari, Allah yang Maha Memahami,
Memahami, diriku ini :)

I'm back,
..just to write!

t a k k a l a . a k u . s e n d i r i

Still,
Life is a journey! :)