
Cuma merenung satu kepeningan...kepeningan akibat kepenatan.
Hidup ini tiada terduga.
Dan diri ini sangat takut apabila tidak berusaha dengan sesungguhnya.
Dan "berusaha" itu sebenarnya milik siapa?
Semuanya hanya terjawab dengan dugaan.
Benar dugaan itu adalah satu anugerah.
Anugerah kerana ia peluang besar diri mengenaliNya.
Tersimpan dalam kenangan, apabila diperkenalkan dengan "usaha".
Diri ini merasa dirinya seorang yang tak putus dalam usaha. Pasti ada saja idea, pasti ada saja jalan2 baru yang mesti dicuba, yang mesti diambil risikonya, sebelum menyerah kalah. Diri ini juga dikenali sebagai seorang yang tak putus usaha dalam kalangan rakan2. Usaha saja, tidak mengapa, hasilnya, entah berhasil atau tidak, yang penting usaha.
Diri ini puas, bila merasakan dia telah berusaha sebaiknya. Namun ada kisah yang menyingkap tabir, yang menyelak hijab tentang siapa yang miliki usaha itu.
Bagaimana perasaan diri ini, yang merasa diri harus perlu berusaha, namun apabila tiba suatu masa, pabila segala usaha sudah diperah, pabila segala kekuatan sudah dikerah. Diri lemah longlai, tiada usaha lagi.
Diri ini bungkam, bagaimana? Tidak mungkin, manusia mesti berusaha.
Ia ibarat, seorang perenang, yang dikenali dengan pelbagai gayanya dalam misi untuk sampai ke destinasi, dan dalam berenang merentasi lautan, pasti gaya dan kehebatan terasah lagi. Namun, ada masalah dengan perenang ini, kerna dia merasa "dialah" yang memiliki kebolehan - kebolehan ini. Walaupun perenang ini menggunakan kebolehan yang dirasakan miliknya untuk berusaha, dia tidak langsung berpikir tentang hasil. Kerna bagi dia, selagi dia boleh berusaha dengan kebolehannya, ia sudah cukup baik. Dan dia merasa, itulah yang terbaik.
Dan sunnahtullah, setiap usaha sering berbalas hasil yang bersesuaian.
Namun perenang ini, pada suatu masa, telah dilanda badai yang menghempas-hempas dirinya dalam ombak dan alir deras lautan. Tidak mengapa, bagi dia, ini adalah cabaran, untuk meningkatkan lagi kebolehannya.
Dia terus berenang lagi, dalam merentas badai yang kuat. Apa yang difikir oleh perenang ini, sehingga dia merasa dia mampu merentas badai itu dengan "kebolehannya". Diri ini tidak mampu mengimbas.
Dalam badai itu, perenang itu masih dengan "kebolehannya". Merasa dirinya mampu.
Kemudian badai itu semakin mengganas.Ombak deras menggila di lautan. Perenang terus "berusaha". Apalah sangat usaha kamu itu wahai perenang? Kamu kecil melampau andai dibanding dengan lautan yang badainya tiada terjangkau...
Perenang itu jadi semakin lelah dalam mengharung segalanya kini. Seolah kekuatan untuk menghadapi tiada lagi...
Dalam kekalutan, dalam badai dan ombak, muncul pula ikan paus di sebelah kanannya, muncul pula ikan pirana di sebelah kirinya...
Apa pikirnya kita?
Di mana "usaha"mu wahai perenang di saat ini untuk menyelamatkan dirimu sendiri?
Perenang itu akhirnya mengalah, dia mengalah dalam berusaha, namun tiada mengalah dari berHARAP.
Di saat ia benar2 lelah, dan telah merelakan apa saja yang berlaku pada dirinya, tiba2, berlalulah satu kapal besar yang berlalu dan menyelamatkan dia dari badai dan ombak, dari paus dan pirana.
Perenang itu taajub. Dalam lelah dia taajub.
Taajub dengan suatu kuasa yang membuatkan dia berasa, badai, ombak, paus dan pirana itu sengaja didatangkan, untuk dia menyedari sesuatu.
Sesudah perenang itu direhatkan, dan pulih dari suatu kejutan, dia kembali ke lautan, untuk berenang lagi.
Namun kini, ketika dia berenang, dia benar2 tersedar, dirinya, segala geraknya, segala gayanya, segala kehebatannya, segala galanya, adalah bukan dari dirinya, melainkan ia dari Dia. Perenang juga sedar benar, yang Dia, boleh menggerakkan badai dan ombak jika Dia mahu. Perenang juga sedar benar, segala jenis ancaman paus dan pirana boleh datang menyerang diri, jika Dia mahu.
Kadangkala, perjalanan perenang itu, mudah. Tiada badai, tiada ombak, apalagi paus dan pirana. Sekeliling seperti melihat dia berjaya merentas lautan dan mengharungi misi, kerana "kehebatan" dan "kebolehan"nya. Tak kurang juga, perenang itu kelihatan "berusaha" oleh sekelilingnya. Tak kurang juga, perenang itu kelihatan sedang mengasah bakatnya oleh sekelilingnya.
Namun dalam hati perenang, Dia boleh mendatangkan segala macam halangan, dan andai segala macam halangan itu didatangkan oleh Dia, maka tak bergunalah akan satu "usaha".
Siapa miliki usaha itu sebenarnya?
Kadangkala perjalanan perenang itu sukar. Ada2 saja halangan2 yang didatangkan dari Dia. Kadangkala hati perenang gusar, namun perenang itu sentiasa ingat, ketika Dia memperkenalkan kepada perenang, apa itu erti sebuah usaha. Lalu perenang akan kembali bermuhasabah diri, dan bergantung HARAP pada Dia. Perenang YAKIN, apa saja bentuk halangan, perenang tetap akan selamat, kerna pasti diselamatkan oleh Dia.
Kadangkala, kita kelihatan "berusaha"
Kadangkala, kita kelihatan "mudah dalam menghadapi segala2nya"
Kadangkala, kita kelihatan "mudah setelah kesulitan menimpa"
Apa saja.
Segalanya tetap dari Dia.
Ia sebuah latihan buat diri, untuk membuang "aku", "aku", dan "aku", terutamanya, dari segi berasa usaha adalah dari diri sendiri.
Dan latihan ini masih berjalan.
Harap dipermudahkan Ya Allah. Jangan kau hukum aku, andai aku lalai dan lupa.