Aku yang menasihati diriku,
Agar tidak menasihati orang lain,
Selain menasihati diriku,
Aku yang mengingatkan diriku,
Agar tidak mengingatkan orang lain,
Selain mengingatkan diriku,
Aku yang melihat suatu kesalahan pada orang lain,
Selain tidak melihat ia salah pada orang itu,
Selain memulangkan kesalahan-kesalahan itu pada diriku,
Kerana,
Tika aku melihat seorang hamba,
Ia menyedarkan akan aku juga seorang hamba,
Dan hamba itu manusia,
Dan manusia itu seorang yang tidak bebas dari dosa,
Ketika,
Aku melihat khilaf pada seorang hamba,
Bercerminlah aku akan siapa aku yang sebenarnya,
Seorang hamba yang banyak salah dan silapnya,
Selayaknya tidak layak mengimpi akan syurga...
Namun,
Ke mana?
Tiada selain jalan,
Selain jalan yang satu itu,
Pulang kepada Dia,
Dalam rasa takut,
Mengapa aku melihat kesalahan orang lain?
Adakah kerana hatiku yang melihat pada sisi lain,
Namun andai sudah begitu,
Bagaimana adanya,
Selain menterjemahkan ia,
Sebagai cerminan kesalahan-kesalahan aku jua,
Biarlah takkala aku melihat 'kesalahan',
Ku sedar akanMu Tuhan,
Yang sedang memandang aku yang penuh 'kesalahan-kesalahan'...
Lalu,
Bermohonlah ampunan,
Maafkan aku andai aku memandang kesalahan hamba2Mu,
Maafkan aku yang sentiasa bersama kesalahan-kesalahan ku,
Maafkan aku andai doa ini dusta hasil rekaan nafsuku,
Aku yang sentiasa berdosa,
Tiada jalan lainnya,
Selain kembali hanya padaNya....