Sunday, November 7, 2010

Sejarah P.Ramlee


Mencuri masa sebentar, untuk menulis sesuatu. Mengulas mungkin.

Aku suka sejarah. Aku itu sejarah. Sejarah itu aku. Minat yang tinggi dengan sejarah, muncul tika umur 14 tahun mungkin. Sangat meminati bab tokoh-tokoh perjuang tanah melayu, Dol Said, Tok Janggut, Dato' Maharajalela, etc, yang bersungguh-sungguh memperjuangkan tanah tempatan.

Minat kepada sejarah itu, membawa diri membelek2 buku2 biografi mudah. Ralit pula membaca kisah Christopher Columbus dan misi pelayarannya, serta buku2 seumpamanya.

Semasa kita kecil, kita tak kenal siapa kita, kita harung hidup kerana minat. Pabila dewasa, kita mula menganalisa. Benarlah, aku peminat kepada manusia, tambahan lagi manusia yang tinggi cita-cita, berjiwa besar, dan berjiwa pejuang.

#History tetap menjadi pujaan hati :). Kerana ia penuh kisah2 sejarah. History yang ditonton semalam, menggamit hati untuk menulis di sini. Menonton biografi Mahathir, tidak se-emosi menonton biografi ini. Ada tangisan yang menyertai biografi P.Ramlee.

Aku menonton nilai. Nilai dalam kehidupan seorang pejuang Melayu. Pejuang filem-filem Melayu.

Dari kecil, aku tahu, kehidupan P.Ramlee ini byk ranjau. Kisah perkahwinannya saja sudah mengkonfiuskan. Ditambah dengan cerita kesusahan, dan kemiskinan di akhir usia.

Cuma semalam, kronologi hidupnya, tersusun teratur dalam minda.

Di akhir kisah, ada tangisan diri yang mengiringi biografi ini. Tak dapat diri ini mengulas tentang kehidupannya sebagai seorang pelakon, ya, yang sudah pasti mempromosi kisah aurat terbuka dan seumpamanya. Biar Allah saja yang menilai segalanya.

Namun tangisan itu kerana melihat jatuh turunnya hidup, perit getirnya hidup. Emosi itu tertarik, dengan kisah cinta seniwati dan biduanita. Tak dapat diri ini menipu diri, agak tersentuh dengan cinta Saloma pada suaminya.

Hidup mereka sememangnya jauh. Sekali lagi terasa Islam itu di mana. Entah~.

Kisah kenakalan P.Ramlee dari kecil, bersama rakannya Suwardi, memenuhi episod2 awal dalam biografi ini. Ia menjawab inkuiri tentang kenakalan P.Ramlee yang jelas tampak dalam filem-filem beliau. Kenakalan yang tersendiri :)

Rupa-rupanya, P.Ramlee pernah bersekolah di sekolah milik Jepun. Di situ dia belajar formal dan juga muzik. Kerana kemahirannya yang tinggi dalam penulisan, beliau ditempatkan di bahagian Torpedo. Dipimpin Jepun, pasti beliau terdidik dengan disiplin yang tinggi. Kan?

Kisah beliau merantau ke Singapura berlaku di awal pagi Syawal:) Entah mengapa pilih hari tersebut:) Kisah keluarga, kisah adik beradik, tidak banyak yang disentuh. Kisah hidup awal, hanya setakat bersama Suwardi.

Kisah setelah merantau ini, yang paling banyak mengundang emosi naik turun diri ini. Tak sanggup mengulas, penat melihat perjalanan hidup P.Ramlee. Penat jua, mungkin kerana, bidang dan dunia hiburan, bukan dunia diri ini...tidak pernah diri ini menyukai, kehidupan artis yang berpopulariti. Lahir seolah untuk menderita. Dijulang ketika menjulang. Dihina takkala terbuang.

Kisah adik beradik Shaw yang melebihkan P.Ramlee berbanding pengarah-pengarah lain, hanya kerana wang dan money? Mungkinkah? Di saat untung, apa saja diberi. Sehingga kini, mereka saja yang mengaut royalti. Itukah dunia? Ditambah konflik pemulau-an P.Ramlee dari wartawan dan orang-orang seni yang dengki. Sekali lagi, itukah dunia?

Yang diri ini tampak, P.Ramlee seolah tak menghiraukan wang atau dengki. Tampak nilai keikhlasan dalam dirinya yang memperjuangkan SENI FILEM MELAYU. Sehingga akhir hayatnya, tak pernah putus asa untuk melihat Filem Melayu bergerak menjadi lebih baik, lebih baik, dan lebih baik. Diri ini tak bicara tentang perjuangannya yang mungkin tidak selaras dengan perjuangan seorang Islam.

Namun diri ini memerhati nilai dalam dirinya pabila bicara tentang Perjuangan. Nilai keikhlasan, nilai kemurahan hati, sentiasa ada dengan P.Ramlee. Tak pernah dengki, berbaik dengan semua manusia, berbuat senang hati semua yang berada dengannya. Tak mungkin menipu, diri ini terharu.

Peritnya hidup, bagi diri ini yang memerhati, sepanjang perjalanan hidup P.Ramlee. Namun yang paling perit, antara 1972-1973. Setahun yang menyembunyikan kesedihan dan kesusahan hati di sebalik wajah gembira tak berduka. Walau tiada siapa yang peduli lagi. Kontrak yang tidak mungkin disambung lagi dengan EMI, kesusahan sehingga terpaksa membuka meja mahjong, artis yang julang kemudian mencari rezeki dengan menyanyi bersama isteri di majlis perkahwinan, menjadi juru acara majlis-majlis kecil, menambah terharu diri ini dalam memerhati kronologi.

Namun peribadinya, tetap diri ini kagumi. Semoga pemergiannya pada 1973, dalam tidak dikenang orang, dilupakan, seolah dihina akibat tiada lagi harta, pangkat dan nama....membawa ingatan yang tidak terhingga pada Allah Yang Esa. Kalau mengingat lagi, pasti mata ini berkaca.

Kronologi hidup yang sebegitu, membuatkan diri ini semakin kuat dalam meneguhkan pendirian, "berbuatlah kerana Allah", "dunia ini tidak kekal", "jangan salah berjuang", "berjuanglah dalam nilai yang paling disukai Allah".

Kata P.Ramlee pada Aziz Satar, Aziz, kalau aku mati sehari, orang akan ingat aku 1000 tahun lagi...

Tetap diri ini tampak nilai tidak meminta pada diri P.Ramlee. Tiada dendam, tiada mengeluh...hanya terus patuh dalam meneruskan hidup. Benar2 berharap, semoga beliau pergi dalam tersenyum. Seperti kata Ahmad Nawab, jasad kakunya seolah tersenyum.

Sungguh diri ini melihat dunia dalam kisah P.Ramlee. Dan layaklah merindui akhirat yang sejati.

Kita belajar dari sejarah. Jika sejarah seringkali berulang, adakah kerana kita tidak belajar darinya? Atau sememangnya hidup kita semua hanya untuk mengulang sejarah?

Diri ini teringat buku Agung. Yang di dalamnya terkandung pelbagai kisah yang dianggap sejarah. Namun sejarah bukan sejarah. Bukan untuk dihafal fakta dan kronologi, melainkan ia kisah hidup, untuk dihayati, dipelajari, kemudian diperbaiki dalam diri.