Tuesday, November 9, 2010

No excuses wahai hamba



Ku ikut cakap hati...



Wahai hamba,
Mengapa kamu gusar melalui dunia?
Bukankah kamu hamba,
Wakil Allah di dunia?

Jika kamu hambaNYA,
Allah itu Maha Pengasih,
Lagi Maha Penyayang,
Dia cukupi semua bekalanmu,
Bagi satu misi di sini..

Jika kamu ikut cakap hati,
Kamu pasti tahu,
Takkala menghulur wang alat dunia,
Kamu sedang membelanjakan milik Allah adanya...
Bekalan yang Dia sediakan,
Untuk kamu khalifah di bumi...

Jika kamu ikut cakap hati,
Kamu pasti tahu,
Gerak kamu melaksanakan kerja hari ini,
Adalah arahan dariNya,
Sebagai salah satu task dalam misi kamu di bumi,

Segalanya,
DariNya,
Bukankah begitu wahai hamba?

Jika begitu mengapa gusar,
Kamu terus berjalan,
Belajar mendekatiNya,
Pasti Dia tunjuk jalan,
Selepas belajar praktikkan,
Kamu akan mengerti apa itu keindahan....

Pabila indah,
Nyaman saja hidup ini,
Walau apa saja misi,
Yakinmu kerana yang abadi....

Sedarilah diri,
Melangkahlah hari ini,
Dalam menyedari,
Ia cuma misi.................
Kamu pastikan pulang,
Untuk berehat riang di sana nanti..

Berpeluhlah,
Berpenatlah,
Berusahalah,
Semaksimum mungkin,
Demi misiMu wahai khalifah di bumi...

Berusahalah,
Sehingga lelahmu nanti,
Ditelan nyamannya angin bayu...
Di sana jua.......
Tiada alasan wahai Aszifa, tugasmu berbuat baik sesama manusia, kamu wakil Allah, khalifahnya dalam menyampaikan pelbagai nikmatnya. Tiada alasan wahai Aszifa, teguhkanlah hati itu dalam melangkah. Ikut cakap hati. Yang sentiasa sedar kamu akan kembali.