Tuesday, November 9, 2010

Ia bukan soal logik.



Minum white coffee.
Excessive energy.



Hidup perlu selalu positif. Namun cukupkah dengan hanya POSITIF.?

Jika pakar motivasi datang kepada diri, dan hanya bicara tentang POSITIF. Nak cakap boleh blah kat dia.

Positif itu tidak kekal.

Positif itu lebih dari positif.

Persoalan...mengapa saya perlu positif?

Kerana saya ingin berjaya?

Bagaimana jika saya tidak hirau lagi untuk berjaya?

Bagaimana jika saya tidak lagi heran dengan sesiapa?

Bagaimana jika saya sendiri tidak hirau lagi tentang apa yang bakal terjadi kepada diri saya?

Jika tiada mampu menjawab semua ini. It maybe lead to - Bunuh diri. Tak perlu hidup lagi.

Namun jika masih terus mencari jawapan untuk hidup, ia peluang besar, kerana kita akan bertemu tujuan sebenar untuk hidup. Peluang besar yang Allah kasi.

Lebih teruk menjunam ke bawah, lebih tinggi lantunan ke atasnya.

Apabila hidup bukan lagi demi mengejar kejayaan dunia yang tidak kekal, apabila hidup bukan lagi berharap pada sayang manusia yang asek hilang ke mana, apabila hidup bukan lagi demi diri demi kepuasan diri sendiri.......................

Nak hidup buat apa?

Di situlah kita bertemu, menyedari, dan menghayati...

Dari mana kita datang,
Ke mana kita akan kembali,
Untuk apa kita dihantar disini........

Hidup menjadi sangat menarik selepas kesedaran itu. Segalanya milikmu. Aku tak bicara tentang tahu, aku bicara tentang sedar.

Positif dan berjaya?

Ya. Di kala segalanya baik mungkin. Sehingga sekarang, kita kenal P.Ramlee sebagai seorang yang berbakat besar. Namun, kita terlupa, kebanyakan filemnya yang berjaya, ketika beliau di Singapura. Bersama adik beradik Shaw. Ketika beliau berhijrah ke Kuala Lumpur, filem pertama beliau di sini, sangat sadis. Sangat. Zaman kejatuhan bermula.

I dont promote filem industri. Ia hanya contoh jelas apabila kita ingin bicara tentang kejayaan. Berjaya buat filem dan dapat banyak untung - No, its not a definition of berjaya pada diri ini. Cuma ia contoh jelas bagi kebanyakan dari kita, apabila kita bicara tentang berjaya.

Ia membuktikan apa. Kejayaan kita bukan kerana kita seorang hero. Masih ramai penyumbang sekeliling. P.Ramlee cthnya, beliau dibantu oleh production team yang superb pada ketika itu di Singapura. Namun di Kuala Lumpur, sukar, sukar, kerana kekurangan tenaga kerja mahir, kurang peralatan. Bayangkanlah, barang yang bagus2 semuanya diguna pakai di Singapura. Bila dah tak pakai lagi, barulah barang tuh akan dihantar ke Kuala Lumpur.

Jika kita sedang menikmati kejayaan dunia ketika ini. Perhatikanlah. Its not about u only. Perhatikanlah, bagaimana Allah meletakkan sekeling kita kepada kita. Cuba buang sekeliling anda itu, dan bayangkan anda berseorang...anda masih mampu positif lalu berjaya? Tiada langsung negatif?

Positif itu lebih dari positif.

Mainan TAKDIR, jangan pernah diperkecilkan kuasanya. Itulah rukun iman ke-6, percaya kepada qada' dan qadar.

Andai ada seorang yang datang, bicara lagi tentang positif membawa kejayaan.
Andai ada seorang yang datang, bicara lagi tentang usaha membawa kejayaan.

Aku tersenyum sahaja. Tiada mampu menghurai apa-apa. Berdiam dalam berkata.

Kajilah variable anda itu sebaik mungkin. Betulkan ia benar-benar related? Sila beri sampel kawalan, dan sila beri how the hypothesis suit all the situation.

Taknak yang tak suit all. I want all.

Define. Kejayaan itu apa? Truly define.

All my life, I'm searching apa itu berjaya. Apa itu bahagia. Dan aku bertemu ramai manusia yang salah mendefinisikannya.

Kita memburu perkara yang salah. Jika perkara yang diburu itu salah, adakah niatnya mungkin betul?

Sedangkan segala perilaku kita dinilai niat?

Allah itu Maha Teliti.

Kemudian muncul pelbagai motivasi. Motivasi itu baik. Namun bagaimana ia baik, jika ia sedang mengajar kita mengejar yang salah?

Jangan bicara tentang Sulaiman yang kaya raya dan memiliki kejayaan dunia.
Mungkin kita patut bicara tentang Firaun dan Qarun yang kaya raya dan memiliki kejayaan dunia.

Kita hampir ke mana?

Jawab dengan telus.

Atau tiada ilmu untuk berani bicara?

Atau tiba-tiba tersedar kita tak pernah mencari ilmuNya.

Sedarilah, kalau tanpa ilmu.........kejayaan dunia tak akan membawa kita kepada Sulaiman. Selain ia sangat menghampirkan kita kepada Qarun dan Firaun.

Semua ini memerlukan renungan yang panjang berjela. Dan sangat memerlukan hidayah Allah dan bimbingannya.

Berjaya itu sangat sederhana ertinya di dunia, namun bombastik pengertiannya demi akhirat.

Bosan, dengan yang masih bicara akan logik untuk berjaya. Logik kamu boleh buang ke tepi andaikata kamu diuji dengan ujian bertalu tak henti-henti.

Owhh manusia, owhh kita manusia......

Seringkali kita lupa, kita wakilnya. Tugas kita menyampaikan nikmatnya kepada satu sama lain dalam melalui hari-hari.

Jangan fikiranmu terperah dalam mengejar KPI, jangan kamu tidak ingin menolong orang lain di saat kamu sendiri sedang mengejar sesuatu demi dirimu.

Selamilah, dan lihat lebih dari itu.

Pelajarilah, untuk memudahkan kehidupan orang lain. Allah akan permudahkan kehidupan kita. Jangan berlakon. Kita bukan sekadar membawa PERSONALITI begitu, namun perlu berCHARACTER begitu.

Personaliti itu apa yang ditampilkan.
Character itu siapa diri kita yang sebenarnya.

Tiada guna berbuat sesuatu, namun ada rasa tidak puas dalam hatinya, lebih teruk, andai ada sumpah seranah dalam hatinya.

Kekuatan Allah beri, untuk kita memudahkan kerja orang lain. Sengaja Dia ingin menguji, samada kita rela berkongsi. Atau kita lupa diri, dengan keupayaan yang diberi.

Ini bukan soal logik. Dikala kita merasa tersekat tidak mampu melakukan sesuatu, bergeraklah untuk membantu orang lain, dengan sesuatu yang kita mampu. Nescaya bantuan akan sampai, untuk membantu dirimu yang sedang tersekat itu.

Ini bukan soal logik.

Keikhlasan,
Keberkatan.

Variables itu jangan pernah dipermainkan.

Ini bukan soal logik.

Hey api itu panas. Ahmad Fahim pun tau. Itu logiknya. Atau itu general knowledgenya.Namun Ibrahim salju dingin takkala dibakar di dalamnya. Kita ingin mengambil teori logik dari mana?




*Ia bukan soal logik, tidak bermaksud menolak logik, namun soal hidup lebih dari sekadar logik. Jika benar kamu insan tulen akan logik semata-mata, sukar untuk aku meneruskan bicara dengan kata-kata. Semoga Allah sentiasa memberi ilham kepada kita. Aku hanya hamba. Kau juga hamba. Ya kita sama-sama hambaNya. Semoga kita makin bijak dalam menganalisa rahsia-rahsia dariNya, yang pastinya melangkau, logik-logik manusia.