Dunia sememangnya tempat berlumba.
"Akak, saya nak gamba dekat sini, NO 1, bagi nampak perkataan FINISH" sambil menunjuk ke arah trek berNO1. :)
Terlintas terus di hati, aku di sini BERLUMBA untuk apa?
Mengapa mahu NO1? Mengapa mahu FINISH?
Terlintas perkataan LUMBA dalam Buku Agung.
Usai makan pagi, makan tengah hari, diri ini mengedit2 gamba, selesai upload di FB.
Tergedik2 jari, mencari, "LUMBA" - Quran Reciter.... menilik dan memerhati, tak salah apa yang aku terlintas tadi...
Sudah 25 tahun aku hidup, mencari TUJUAN HIDUP yang sebenarnya. Bertahun, Akhirat dan Dunia seringkali menjadi kata-kata kunci. Tak habis2 dengan comparative study.
102:001 Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),
057:021 Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.
Cukuplah aku berlumba, berlumba-lumba, untuk menjadi hanya HAMBANYA.
Finish!