
Hari yang mencabar Ya Rabbi,
Bukan senang mengingatMu,
Takkala bukan bersendiri...
Kebenaran itu pahit,
Namun melegakan...
Maafkanlah seribu kata,
Yang terpaksa didahulukan,
Kerana mendahulukan kalimat Tuhan...
Bukan kerana ingin,
Namun kerana mengerti,
Mengerti pabila tidak menyertakan Tuhan,
Dan mengerti apabila beserta Tuhan,
Jika tak melempar,
Bermakna aku berdusta,
Bukan ku lontar kerana kemarahan,
Namun kerana kasih sayang,
Cuma mungkin HIKMAH,
Pabila kita bersuara,
Selepas kita memilih untuk berdiam,
Sukar utk aku mengerti Ya Rabbi,
Kata2 kadangkala memantul kembali pada diri,
Namun kebenaran tetap kebenaran hakiki,
Yang aku pelajari,
Pada hari ini,
Walau diletak bergaul dengan siapa,
Kembali dengan Allah pada setiap masa,
Walau bukan pada setiap kalinya,
Namun bersyukurlah,
Kerna boleh kembali jua mengingat Dia..
Pabila muncul keserabutan,
Luahkanlah pada Tuhan,
Sesungguhnya engkau akan mendengar yang Dia Maha Mendengar,
Luahkanlah apa saja,
Sesungguhnya Dia yang layak melontar seribu kesejukan,
Pada hati yang ingin pujukan...
Diam dalam sabar,
Diam dan sabar,
Things cannot be understood in pieces,
Its a puzzle,
Pabila serpihan2 masih berkumpul,
Diamlah dalam sabar ini,
Menanti kefahaman itu,
Datang menjenguk diri....
Sabar itu separuh dari iman sayangku,
Sedangkan Yakin itu seluruh iman itu...
Sabar, dan Yakin,
Yakin dan Sabar,
Sabar, Diam, Yakin,
Entah mana satu yang dulu,
Aku tak mengerti susunannya...
Namun itulah dia,
Hanya sabar, yakin dan diam,
Dalam menanti sebuah keindahan,
Dan pasti menanti sebuah keindahan itu,
Dengan menguntum sebuah senyuman...
Mengerti?
Tersenyumlah sayangku,
Saat sentiasa di dunia ini,
Kita boleh tersenyum ketika muncul persoalan,
Kita boleh tersenyum ketika muncul kegembiraan,
Kita boleh senyum ketika muncul kesedihan,
Kerana pemahaman akhirnya,
Pasti sebuah keindahan.