Bicara dengan seorang rakan,
Bersungguh dia mengingatkan,
Berdoa dengan ini ,
"Ya Allah, masukkanlah aku ke pintu kebenaran dan keluarkanlah aku dari pintu kebenaran, dan kurniakan aku seorang penolong."
:) Doa itu mengingatkan sesuatu, dan hati ini memandang dari dua perspektif....
Perpektif pertama itu tidak mengapa,
Perspektif kedua itu yang menggamit rasa...
Its a good doa... :)
*****
Ya Rabbi,
Ini cerita lain,
Pabila hati,
Terlintas keinginan,
Yang bersesuaian nafsu,
Aku jadi bungkam,
Kerana takut dengan diriku sendiri,
Ku mohon Kau perbaiki urusan2ku,
Namun aku takut aku dusta dalam keinginan ku sendiri,
Pabila hati tidak memberi jawapan,
Adakah ia syubhah dan seeloknya ditinggalkan?
Pabila sesuatu adalah fitrah,
Pabila sesuatu adalah fitrah,
Pabila sesuatu adalah fitrah,
Ia tetap fitrah.