Life is just the same as before.
Cuma perlu mengukuhkan setiap principle.
Pabila bangun pagi, paling indah apabila menyedari, telah hadir suatu hari lagi, untuk menerima setiap takdir yang telah ditetapkan oleh Allah pada diri. Ia indah dan selamanya indah jika mampu berfikir begitu. Perlu menyesuaikan diri dengan fikiran yang begini. Tidak gundah, tidak gelisah dalam menanti apa yang bakal berlaku pada hari ini, kerana semuanya sudah terTULIS.
Ada yang mengejar kejayaan, ada yang bersedia menerima kegagalan. Namun kejayaan dan kegagalan dunia itu bukan ukuran Allah pada kita. Sudah jelas diberitahu, dunia adalah tempat ujian semata-mata. Tiada lebih dan kurang dari itu. Dunia adalah tempat ujian. Andai ia ujian, bisa tegar saja sememangnya fitrah kehidupan kita diisi dengan kejayaan dan juga kegagalan dunia secara silih berganti. Bagi yang mengejar kejayaan dunia, mungkin yang diterima adalah kekecewaan dalam menantinya.
Bagi yang telus dalam memahami rencana Ilahi, sepastinya, kita mengakui, dunia ini tempat ujian. Jika ujian, mari kita mengharunginya dalam sedar diri dunia ini tempat ujian. Yang diukur oleh Allah adalah keikhlasan hati dalam menjadi setiap takdir yang telah tertulis. Kita bukan hidup seorang. Kita ini hidup bersama-sama. Keturunan adam ini hidup bersama2. Bersamalah kita, melihat dari atas, betapa kerdilnya kita yang sedang hidup bersama2 ini. Betapa kita wujud dalam sekalian banyak manusia dan makhluk-makhluk lain yang tak hidup di mata manusia, namun hidup di mata ghaib. Dalam kekerdilan itu, akan kita akui, kelemahan kita, kefakiran kita terhadap perlindungan dan pertolongan daripada Yang Maha Esa. Bisa mengurus hidup dan urusan sendiri? Mana mungkin...
Analoginya, bayangkan ketika kita sedang membawa kereta. Penglihatan kita sendiri sangat terbatas, side mirrors, cermin depan, kalau yang bagus skit ada kamera kat belakang untuk reverse function. Namun kita akui, yang dapat kita lihat adalah pandangan depan kita, belakang, dan kiri kanan kita sahaja. TERBATAS. Tidak bisa mampu menjengah lebih daripada batas penglihatan kita. Sedang kereta2 lain sedang banyak. Mungkin ada kemalangan di depan sana. Kita pula mungkin tersalah predict, yang owh - polis tahan kot. Kita tidak tahu, kita bisa memilih jalan yang salah atau jalan yang betul. Ia berlaku. Segalanya TERBATAS.
Dari sebab itu, kita sangat memerlukan pertolongan Allah. Pertolongan Allah dalam menggerakkan RASA hati dalam memilih jalan yang smooth untuk perjalanan kita sendiri. View kita tersangat terbatas. Kita sememangnya memerlukan pertolongan dariNYA, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Melihat, Yang Maha Bijaksana dalam mengatur seluruh perjalanan hidup kita. Kita tak bisa mengurus kehidupan orang lain, sedang kehidupan kita sendiri sukar sekali kita merasa kita yang sedang mengawalnya. Sedangkan apa yang berlaku kepada kita, dan apa yang berlaku kepada orang lain itu sangat terkait2 ceritanya. And I believe with the full faith that, semuanya sudah tertulis.
Yang ada pada diri untuk mengawal adalah, TENANG dalam menghadapi takdir yang telah tertulis pada hari ini. Yang ada pada diri adalah YAKIN dengan SIFAT-SIFAT Allah Yang Maha lagi Maha dalam segala SIFAT dalam mengatur setiap sesuatu. Berserah itu bukan bermakna pasif atau malas pikir. Namun kesedaran di balik AsmaNya yang Agung. Kekerdilan seorang hamba yang sangat memerlukan petunjuk dari Tuannya. Hamba itu lemah, fakir, hina, lagi memerlukan Tuannya. Dia tak punya apa-apa selain segalanya pinjaman dari Tuannya. Dia abdi, melakukan sesuatu hanya untuk berkhidmat pada Tuannya semata-mata.
Dan perkhidmatan sebagai hamba ini akan sangat selesa dilakukan, andaikata kita menyedari Dia adalah Pencipta, Raja segala Raja. Segala bentuk penyembahan hanyalah pada Dia. Tiada selain Dia. Penyembahan dalam menyakini sesungguhnya, Dialah Yang Maha Agung, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. Dan Pencipta, Raja segala Raja ini sedang memerintah dengan penuh rasa CINTA, penuh dengan kasih sayang kepada setiap hambaNya. Tiada pernah menzalimi hambaNya. Kesempurnaan sifat-sifatNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akan setiap hamba-hambaNya.
Penyembahan yang penuh cinta. Sembahlah Pencipta dengan rasa cinta. Telus, tulus, mulus, hanya pada Dia.
Ya Rabb, terpulang padaMu Ya Allah. Uruskanlah segala urusan kami pada hari ini, dan jangan sekalipun kau serah diri kami kepada kami sendiri untuk menguruskannya.

Terkurung aku dalam penjara dunia, merindukan tempat asalku di sana.
"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku."
( Surah az-Zariyat: ayat 56)
Ya Tuhanku, kami hamba membenarkan pengabdian kepada-Mu.
"Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan Semesta Alam."
(Surah Al-An'am, 6:162)