Thursday, May 12, 2011

Kerana aku hamba dan kerana Engkau Pencipta

Ya Allah,
Malam terasa gelap,
Hati turut merasa sakit,
Seolah dicucuk2 jarum kecil,
Bertambah dicucuk,
Kerisauanku,
Akan gelapnya hati seperti gelapnya malam…

Engkau,
Mentarbiahku,
Satu persatu,
Dalam melangkah,
Kadangkala bersorak,
Takkala rasa gembira menerima hadiah,
Sungguh,
Sebenarnya akal tak terjangkau,
Hati tak tahu merasakan,
Mana yang salah,
Mana yang terbenarkan,
Akal jadi keliru,
Hati jadi berbolak2 dari hitam putih menjadi kelabu,
Mana kebenarannya yang Rabb?

Dalam hidup,
Semakin melangkah,
Semakin TIDAK TAHU,
Andai di kala tarbiah zahir baru terlancar,
TIDAK TAHU nya sudah bukan main,
Apa kesimpulannya?

Kesimpulannya,
Semakin diri melangkah,
Semakin TIDAK TAHU,
TIDAK TAHU lebih banyak menanti di depan jalan…

Lalu hidup ini sebenarnya apa Ya RABB?
Yang dapat ku rasakan,
Aku insan lemah,
Yang hina tak terdapatkan,
Dunia aku bakal punah,
Amal utk akhiratku ku rasakan boleh melilau mengikut masa,
Lalu yang tinggal apa?

Jangan pernah lupa diriku,
Rahmat Allah begitu luas,
Kisah 99 pembunuh membunuh seorang lagi itu sangat kisah aku,
Entah ingin pergi tapi sebenarnya tak mampu…



Lalu hidup ini utk apa?
Apa guna menjadi abid yang bangga dalam ibadah,
Sejiwaku,
Jauhkanlah,
Sembunyikan ibadah2 itu seperti kita menyembunyikan dosa2 kita,

Apa jua,
Segalanya tidak pernah mungkin sempurna,
Tidak mungkin sempurna,
Kisah ini,
Kisah tidak sempurna dalam tidak tahu,

Kesimpulan dalam beragama bagiku,
Buat masa ini,
Tidak sempurna dalam tidak tahu,
Membawa kisah hamba bergantung pada Pencipta,
Tempat diserah akan segalanya….

Segalanya,
Berlaku,
Atas kasih sayangMu,
Ku yakin dengan Bismillah itu,
Dalam setiap perilaku,
Kami yang tidak sempurna lagi tidak tahu,
Dibenarkan menggunakan kalimah itu…
Zahir mulut mengucapkan,
Hati telus merasakan,
Engkau kasih lagi sayang…
Atas apa yang Engkau ciptakan…
Lalu jangan pernah putus asa,
Walau diri tiada upaya,
Kerana hakikatnya, memang tiada daya upaya,
Melainkan bergantung pada Engkau sahaja,

Bila tiada sempurna,
Kami bertawakkal padaMu,
Bila tiada tahu,
Kami mohon jalan lurus dariMu

Jika merasa hina dan lemah itu kuat,
Jika doa itu senjata,
Benarlah, benarlah,

Berjalanlah diriku sebagai hanya hamba,
Hamba, hamba, hamba,
Yang tiada harga diri,
Yang meminta belas kasih utk makan minum jua pakaian,
Yang tidak dibayarkan,
Namun tugas terjalan tetap perlu dijalankan…

Hayatilah jiwa hamba,
Lakukan segala kerna Pencipta…
Apa sebabnya?
Kerana aku hamba….
Kerana siapa?
Kerana Pencipta pastinya…