Thursday, May 19, 2011

Ya Allah,
Bantulah aku,
Jangan Kau benarkan sekalipun,
Aku ingin akan sesuatu yang bukan bahagianku,
Jangan Kau benarkan sekalipun,
Aku ingin akan sesuatu yang belum lagi akan menjadi milikku,
Biarlah tepat masa dan ketika,
Akan tanggungjawab2 dunia,
Hanya padaMu aku berharap wahai Pencipta,
Kasihanilah hambaMu,
hambaMu ini Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Rahim,
Engkau kasih padaku tiada terbayangkan!
KasihMu, tiada yang setara denganMu!
Allah!

Biarlah aku berkasih dengan PesuruhMu,
RasulMu,
Jalan ini perlu diperbetulkan,
Aku seolah mengerti Ya Allah,
Akan erti sebuah tarbiah...

Sabarkan aku Ya Rabb,
Sabarkan aku...

Sunday, May 15, 2011

Pabila akal,
Sudah sampai ke hujungnya,
Tiada jawapan,
Melainkan keserabutan

Pabila hati,
Sudah sampai ke hujungnya,
Tiada jawapan,
Melainkan kesamaran

Dalam serabut,
Menuju yang samar,
Dalam kelibut,
Munuju damai,

Pabila akal yang mencari,
Dan bertemu hanya keserabutan,
Ia berhenti

Pabila hati yang menanti,
Dan hanya bertemu kesamaran,
Ia berhenti

Pabila yang dicari,
Tiada dijumpa,
Pabila yang dinanti,
Tiada mendatang,

Tibalah satu cahaya terang,
Wahyu,
Al-Quran dan Sunnah,
Yang pasti dalam benar...

Tiada Tuhan selain Allah,
Dan Muhammad itu Pesuruh Allah,
Kepitkan kalimah itu bersama-sama,
Sampai mati seluruh dunia...

Tiadaku tahu aku dimana akhirnya,
Hanya berharap pada RAHMATMU,
Yang seluas-luas tiada kata untuk mengatakannya....

Thursday, May 12, 2011

Kerana aku hamba dan kerana Engkau Pencipta

Ya Allah,
Malam terasa gelap,
Hati turut merasa sakit,
Seolah dicucuk2 jarum kecil,
Bertambah dicucuk,
Kerisauanku,
Akan gelapnya hati seperti gelapnya malam…

Engkau,
Mentarbiahku,
Satu persatu,
Dalam melangkah,
Kadangkala bersorak,
Takkala rasa gembira menerima hadiah,
Sungguh,
Sebenarnya akal tak terjangkau,
Hati tak tahu merasakan,
Mana yang salah,
Mana yang terbenarkan,
Akal jadi keliru,
Hati jadi berbolak2 dari hitam putih menjadi kelabu,
Mana kebenarannya yang Rabb?

Dalam hidup,
Semakin melangkah,
Semakin TIDAK TAHU,
Andai di kala tarbiah zahir baru terlancar,
TIDAK TAHU nya sudah bukan main,
Apa kesimpulannya?

Kesimpulannya,
Semakin diri melangkah,
Semakin TIDAK TAHU,
TIDAK TAHU lebih banyak menanti di depan jalan…

Lalu hidup ini sebenarnya apa Ya RABB?
Yang dapat ku rasakan,
Aku insan lemah,
Yang hina tak terdapatkan,
Dunia aku bakal punah,
Amal utk akhiratku ku rasakan boleh melilau mengikut masa,
Lalu yang tinggal apa?

Jangan pernah lupa diriku,
Rahmat Allah begitu luas,
Kisah 99 pembunuh membunuh seorang lagi itu sangat kisah aku,
Entah ingin pergi tapi sebenarnya tak mampu…



Lalu hidup ini utk apa?
Apa guna menjadi abid yang bangga dalam ibadah,
Sejiwaku,
Jauhkanlah,
Sembunyikan ibadah2 itu seperti kita menyembunyikan dosa2 kita,

Apa jua,
Segalanya tidak pernah mungkin sempurna,
Tidak mungkin sempurna,
Kisah ini,
Kisah tidak sempurna dalam tidak tahu,

Kesimpulan dalam beragama bagiku,
Buat masa ini,
Tidak sempurna dalam tidak tahu,
Membawa kisah hamba bergantung pada Pencipta,
Tempat diserah akan segalanya….

Segalanya,
Berlaku,
Atas kasih sayangMu,
Ku yakin dengan Bismillah itu,
Dalam setiap perilaku,
Kami yang tidak sempurna lagi tidak tahu,
Dibenarkan menggunakan kalimah itu…
Zahir mulut mengucapkan,
Hati telus merasakan,
Engkau kasih lagi sayang…
Atas apa yang Engkau ciptakan…
Lalu jangan pernah putus asa,
Walau diri tiada upaya,
Kerana hakikatnya, memang tiada daya upaya,
Melainkan bergantung pada Engkau sahaja,

Bila tiada sempurna,
Kami bertawakkal padaMu,
Bila tiada tahu,
Kami mohon jalan lurus dariMu

Jika merasa hina dan lemah itu kuat,
Jika doa itu senjata,
Benarlah, benarlah,

Berjalanlah diriku sebagai hanya hamba,
Hamba, hamba, hamba,
Yang tiada harga diri,
Yang meminta belas kasih utk makan minum jua pakaian,
Yang tidak dibayarkan,
Namun tugas terjalan tetap perlu dijalankan…

Hayatilah jiwa hamba,
Lakukan segala kerna Pencipta…
Apa sebabnya?
Kerana aku hamba….
Kerana siapa?
Kerana Pencipta pastinya…

Wednesday, May 11, 2011

Nabi Muhammad dan jalannya.

Hatiku telus yakin!

Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang
Ali Imran-31

Tak kering tulisan,
Tak hilang bayangan,
Sering mendatangi fikiran,
Jika kamu mencintai Allah, pilihlah jalan Muhammad!

Jalan ini pasti~. Pasti terlampau pasti~.

Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.

Jangan merewang~namun pastilah!Yakinlah! Teguhlah..


Friday, May 6, 2011

Syariat adalah tanda kasih sayang Allah padamu,
Jangan digoda nafsu,
Tinggalkan sesuatu kerana Allah,
Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik...

Percayalah dgn sepenuh hati, dgn bulat yang penuh memandang Ilahi.

Let Him decide

Serahkan perasaanmu pada Allah,
Let Him decide,
Apa yang patut kita rasa,

Serahkan makammu pada Allah,
Let Him decide,
Dimana patut kita berada,

Serahkan pahammu pada Allah,
Leh Him decide,
Setakat mana patut pemahaman kita.


Tuesday, May 3, 2011

I'm back

Pabila takdir mendahuluiku,
Aku hanya melangkah mengikuti....

Sungguh aku terjaga kembali Ya Allah,
Dari mimpi senja yang membuai dalam lena,
TeguranMu membuat aku sedikit terpana,
Namun kembali sembuh semula setelah terjaga agak lama...

Bagaimana mungkin?
Bukankah ikrar ku, yang satu
"Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan Semesta Alam"

Diriku,
It just a feeling that I'm back,
Sedar diri,
Di mana perlu berada kini,
Stay here,
Coz ini tujuan penciptaan.